headlines

» » Emak jadi 'bodyguard' Ruhainies


Pelakon Ruhainies tidak pernah terkongkong apabila ditemani oleh ibu atau ahli keluarganya selepas dihimpit kontroversi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies atau Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, sebaliknya berkata, dia berasa lebih selamat selain ia dapat mengelak daripada timbulnya fitnah seperti mana berlaku sebelum ini.

"Saya sebenarnya boleh menjaga diri sendiri tetapi sedar sebagai selebriti gerak-geri kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

"Kehadiran ibu, ahli keluarga atau pun pembantu peribadi ke mana sahaja saya pergi sebenarnya membuatkan saya berasa lebih selamat tambah lagi dengan kejadian berlaku sebelum ini.


"Kerjaya saya banyak bertemu dengan orang dan jika ada teman ia boleh mengelakkan fitnah," katanya .

Ruhainies ditemui pada pertunjukan fesyen jenama Siti Buhari yang diadakan di Zebra Square di sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia berharap selepas ini tiada lagi kontroversi melanda kariernya kerana dia enggan dikenali hanya kerana cerita-cerita negatif.

Katanya, fokus dia kini adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pelakon baharu selain menimba lebih banyak pengalaman.

"Tidak sampai setahun saya bergelar pelakon, pelbagai gosip dan kontroversi berlaku dan harap-harap selepas ini tiada lagi.

"Kalau boleh biarlah saya dikenali kerana lakonan saya selain pencapaian seperti memenangi anugerah dan bukannya kontroversi," ujarnya.


About Izikit

«
Next
Lelaki Indonesia guna kad pengenalan Malaysia secara haram selama 30 tahun sehingga berjaya jadi peneroka FELDA
»
Previous
Ujian berat menanti pengadil menjelang pertemuan antara Manchester United dan Manchester City Sabtu ini

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .