» » Penyewa bilik cabul tuan rumah


Gara-gara bertindak mencabul kerhormatan pemilik apartmen, seorang penyewa bilik menerima padah apabila dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh, Raja Ibrahim Shah Abdul Satar, 34, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Mengikut pertuduhan, Raja Ibrahim Shah didakwa telah mencabul mangsa wanita berusia 39 tahun di ruang dapur kediaman berkenaan di Bandar Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 pagi, 24 Julai lepas.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang baru sahaja keluar dari bilik air telah pergi ke dapur sebelum tertuduh secara tiba-tiba datang dari arah belakang lalu bertindak mencium leher kiri dan memeluk mangsa.

Tertuduh juga mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya namun mangsa menjerit meminta untuk dilepaskan sebelum didengari oleh anak mangsa.

Majistret Husna Dzulkifly memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkapan pada 24 Julai lepas.

Dakwaan di bawah seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimun 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Raja Ibrahim Shah, yang tidak diwakil peguam, memohon hukuman ringan memandangkan dia perlu menanggung isteri dan enam orang anak.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran memandangkan kes seks seperti itu memberi kesan trauma kepada mangsa.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .