» » Seru semua rakyat Malaysia sertai Himpunan Tangkap Najib Razak iaitu himpunan #TangkapMO1


Ahli Umno yang dianggap 'pemberontak' kepada pimpinan parti itu berjanji untuk turun ke jalan raya menyertai aktivis lain dalam himpunan #TangkapMO1 yang dijadual berlangsung pada 27 Ogos ini.

Naib Ketua Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Mohamad Zin Mustapa semalam menyatakan sokongan terhadap perhimpunan itu dan menggesa orang ramai menyertainya.

"GKCM meminta ahli dan rakyat Malaysia daripada semua bangsa untuk memberi sokongan penuh kepada gerakan pelajar dan belia menganjurkan himpunan aman TangkapMO1 pada jam 2 petang 27 Ogos ini.

"Masanya telah tiba untuk semua rakyat Malaysia bangkit dan bersuara. Ini bukan masa untuk terus berdiam diri.

"Sokonglah anak muda supaya masa depan generasi akan datang tidak tergadai oleh Malaysian Official 1," katanya di sidang media di Kuala Lumpur semalam.


GKCM adalah pertubuhan disertai ketua-ketua cawangan Umno yang menentang presiden mereka Datuk Seri Najib Razak dan sebahagian daripadanya sudah dipecat dari parti.

Mohamad Zin berkata Jabatan Kehakiman AS sudah membangkitkan pelbagai kesalahan dalam 1MDB termasuk individu dikenali sebagai "Malaysian Official 1".

Katanya sudah diketahui ramai siapa orang yang dirujuk sebagai MO1 itu.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .