Patrick Vieira menggesa Paul Pogba untuk bermain seperti biasa kerana aksi itu telah membawa dirinya sebagai pemain termahal di dunia.
Pemain berusia 23 tahun itu dilabelkan sebagai 'Vieira' baru kepada Juventus dan Perancis selepas berjaya membantu kedua-dua skuad.
Gesaan itu dibuat selepas Jose Mourinho mengeluarkan kenyataan bahawa ingin melihat Pogba menjadi seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo di Manchester United.
Bagaimanapun Vieira berpendapat bahawa Pogba perlu menjadi dirinya dan tidak perlu meniru Messi atau Ronaldo.
"Saya peminat besar Pogba. Dia seorang pemain yang hebat, tiada sangsi lagi.
"Walaupun dia dibebankan dengan nilai perpindahan tertinggi di dunia tetapi dia akan mampu menggalasnya.
"Dia perlu beraksi seperti biasa seperti di Juventus. Jika dia cuba melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan, ia akan membawa padah.
"Jika banyak pihak menjangka dia akan menjaringkan sehingga 40 gol semusim, ia tidak menajdi masalah kerana apa yang penting dia dapat melaksanakan tugasnya dengan baik," jelasnya.
Vieira yang merupakan bekas bintang Arsenal kini sedang menguruskan New York City FC.
No comments: