Beliau hanya berusia 17 tahun dan mempunyai ketinggian 152 sentimeter (sm). Namun senyuman penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri lebih bermakna berbanding ketinggian kerana berjaya memukau hati rakyat di negara ini.
Penerjun lain biasanya menunjukkan muka selamba apabila beratur untuk melakukan terjun mereka, tetapi tidak bagi Dhabitah.
Dan kemudian, tidak kira bagaimana corak terjunannya, dia sentiasa tersenyum sebaik keluar dari kolam renang itu.
Ia datang secara semula jadi. Walaupun semasa sesi latihan dia akan tersenyum, sama seperti sekarang.
"Saya tersenyum kerana ia menghilangkan segala perasaan gemuruh saya," kata Dhabitah yang menamatkan terjun di tempat kesembilan dengan 338 mata antara 12 peserta akhir yang bertanding dalam acara final terjun 10m platform wanita.
Atlet muda itu menyedari perjalanan beliau masih lagi jauh walaupun berjaya melakukan terjunan lebih baik berbanding rakan senegaranya, Pandelela Rinong di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini Khamis.
Pandelela, pemenang pingat gangsa pada Olimpik London 2012 sekadar menamatkan terjunan di tempat ke-11 dengan 330.45 mata.
Pingat gangsa pula menjadi milik atlet Kanada, Meagan Benfeito.Atlet China, Ren Qian dan Si Yajie mendominasi acara final terjun 10m platform wanita itu dengan masing-masing meraih pingat emas dan perak.
"Saya benar-benar gembira.
"Ini kali pertama saya bertanding pada temasya ini. Saya amat berterima kasih kerana dapat mara sehingga ke final," kata Dhabitah.
Pencapaian di Rio membuktikan Dhabitah mampu menjadi pengganti Pandelela pada masa hadapan.
"Saya harap saya berupaya. Ia satu penghormatan untuk bersaing dengan beliau.
"Terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki sebelum saya boleh jadi sebaik beliau," kata pelajar Tingkatan 5 itu.
Dhabitah turut bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal seirama.
Mereka menamatkan acara itu di tempat kelima pada peringkat lapan pasukan akhir.
Malaysia meraih pingat perak menerusi acara 10m platform seirama pada 9 Ogos lalu yang disumbangkan Pandelela dan Jun Hoong.

No comments: