» » Serangan seksual antara fokus siasatan kes bunuh Edrus


Polis menyiasat daripada pelbagai aspek termasuk culik untuk mendapatkan wang tebusan, dendam dan juga serangan seksual dalam kes pembunuhan Noor Amila Edrus Norsham. 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata setakat ini, siasatan kesitu yang kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh, hanya melibatkan seorang individu.

Beliau berkata tempoh reman suspek utama kes pembunuhan kanak-kanak lima tahun itu, seorang lelaki berumur 26 tahun yang berakhir hari ini (Jumaat), disambung sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan.

"Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik, direman selama empat hari bermula Isnin lalu.

"Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman suspek disambung sehingga Rabu bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama sambil menafikan suspek adalah etnik Rohingya sebagaimana dilaporkan beberapa media tempatan.

Pihak polis juga telah mengambil keterangan 10 individu termasuk isteri lelaki itu, anggota keluarga yang lain serta beberapa penduduk kampung yang mengenali suspek dan mangsa, katanya.

"Ketika ditemui, mayat kanak-kanak berumur lima tahun itu dalam keadaan meniarap dan tangan dan kakinya diikat dengan tali kabel.

"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak hari pertama dia dilaporkan hilang pada Khamis lalu (11 Ogos)," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .