» » Bekas pengurus BSI yang ada kaitan dengan skandal 1MDB dibicara Oktober 2016 ini


Perbicaraan ke atas seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI akan bermula di mahkamah Singapura pada Oktober ini atas tuduhan yang berpunca daripada siasatan pengubahan wang haram berkaitan dengan 1MDB.

Tarikh perbicaraan telah ditetapkan untuk empat pertuduhan mulai 31 Oktober hingga 11 November, kata Jabatan Peguam Negara Singapura dalam satu kenyataan.

Menurut jabatan itu, Yeo Jiawei akan berdepan dua pertuduhan baru yang dikaitkan dengan mengganggu saksi selain dua pertuduhan iaitu memutarbelitkan keadilan dalam perbicaraan akan datang.

Yeo, juga menghadapi tuduhan lain, termasuk pemalsuan dan pengubahan wang haram, tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada bulan Mei lalu.

Yeo adalah antara lima bekas kakitangan BSI yang dirujuk oleh bank pusat Singapura kepada pendakwa raya untuk kemungkinan dikenakan tuduhan jenayah.

Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding jenayah terhadap bank swasta itu.

Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .