» » Majistret tegur gadis Melayu Islam minum arak dalam prosiding mahkamah


“Kamu masih belajar kenapa minum arak? Kamu beragama apa? Kamu solat atau tidak? Ini baru hukuman di dunia belum lagi hukuman di akhirat,”.

Itulah kata-kata Majistret Mahkamah Trafik di sini, Noorul Fhaiez Mohd Nayan kepada seorang pelajar perempuan sebuah institusi kemahiran selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Hang Tuah di sini, pada 4.30 pagi semalam.

Siti Nur Azmanina Azihan, 18, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara serta dibatalkan lesen percubaannya yang tidak diwakili peguam, sebelum itu merayu hukuman ringan atas alasan masih belajar di sebuah institusi kemahiran dan ibunya seorang ibu tunggal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .