» » Pemandu teksi rancang protes besar-besaran 6 hari bantah Uber dan Grab


Persatuan pemandu teksi merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan 6 hari bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan.

Presiden Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (Pers1m) Kamaruddin Mohd Hussai berkata tarikh tunjuk perasaan itu belum ditetapkan.

Katanya pemandu teksi berdukacita dengan keputusan Jemaah Menteri kerana perkhidmatan perkongsian kenderaan itu menjejaskan perniagaan mereka. “Ketegangan antara pemandu teksi dan perkhidmatan perkongsian kenderaan terus memuncak,” katanya,

Pemandu teksi berkata peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan Uber dan Grab.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkhidmatan perkongsian kenderaan akan dikawal, manakala kawalan keatas teksi akan dilonggarkan.

Pengerusi Spad Tan Sri syed Hamid Albar berkata perincian kawalan keatas Uber dan Grab akan diumum minggu ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .