» » Ahli UMNO disiasat berkaitan pembelian unit amanah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil seorang ahli parlimen Umno untuk disoal siasat.

Sumber mendakwa siasatan adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam sebuah agensi persekutuan yang diterajui oleh ahli politik veteran itu.

Malaysiakini difahamkan bahawa kenyataan isterinya, seorang bekas pelakon, dirakamkan akhir bulan lalu berkaitan dengan kes berkenaan.

Siasatan dikatakan berpunca daripada dana agensi itu yang kononnya digunakan untuk membeli unit amanah.

Menurut sumber, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang sogokan dalam urus-niaga itu.

"Ahli Parlimen itu akan dipanggil untuk disoal siasat dan bukannya untuk ditahan," kata satu sumber.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .