» » Petronas Dagangan antara kaunter paling rugi di Bursa Malaysia



Petronas Dagangan Bhd merupakan antara kaunter paling rugi dalam dagangan awal hari ini, apabila harga saham syarikat itu susut 12 sen, susulan keputusan kewangan suku kedua yang lemah.

Pada 9.47 pagi, saham Petronas Dagangan mencatatkan RM23.38 dengan 1,100 saham didagangkan.

Keuntungan sebelum cukai susut kepada RM249.01 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2016 berbanding RM376.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil susut kepada RM5.33 bilion berbanding RM6.47 bilion.

Sementara itu, saham lain berkaitan Petronas juga rendah pagi ini.

Petronas Gas turun enam sen kepada RM22.08 dengan 14,400 saham didagangkan manakala Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM6.62 dengan 18,600 saham diurusniagakan.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .