» » 2 janda melacur dalam bilik karaoke kerana mahu sara anak


Terdesak dan tiada kerja lain, itu antara alasan diberikan oleh dua wanita tempatan yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah pusat karaoke di bandar raya ini.

Aktiviti gelap dua wanita berusia 40-an itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh 20 pegawai dan penguat kuasa syariah ibu pejabat dan Pejabat Agama Kuala Terengganu dalam satu operasi khas jabatan itu Jumaat lalu.

Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri (JHEAT), Mohd Azam Awi berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang melayan pelanggan, iaitu warga Nepal dan Myanmar di dua bilik berasingan.

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan seorang pelanggan manakala seorang lagi dilepaskan kerana bukan beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, suspek menyewa bilik karaoke itu untuk melakukan aktiviti pelacuran bersama pelanggan yang kebanyakannya warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan mengenakan bayaran sebanyak RM50 sekali perkhidmatan.

Mohd Azam berkata, ketika disoal siasat kedua-dua wanita berstatus janda itu mendakwa terdesak untuk menyara anak-anak sebagai alasan mereka melakukan aktiviti pelacuran.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana persediaan melacurkan diri yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara 3 tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi khas selama sejam bermula pukul 2 petang itu diketuai Penolong Pesuruhjaya Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Amirul Akram Mohd Hajazi dan ia akan diadakan dari masa ke semasa bagi mengekang aktiviti tidak bermoral.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .