» » 'Hadkan siasatan polis terhadap skandal 1MDB sama seperti campur tangan'


Kabinet meletakkan had kepada siasatan pihak polis atau arahan untuk menumpukan satu aspek dalam siasatan 1MDB sama seperti gangguan dan halangan kepada usaha menegakkan keadilan.

Anggota Parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, pertama, bagaimana kabinet boleh memberi arahan khusus kepada Polis Diraja Malaysia mengenai jenayah apa untuk disiasat dan jenayah apa tak perlu siasat.

"Bukankah ini sama seperti kes yang secara terang-terangan menghalang keadilan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, yang pasti, rakyat Malaysia akan terkejut kerana polis menghadkan siasatan mereka hanya kepada 'cadangan' Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas arahan Kabinet, sesuatu yang seolah-olah mendustakan kebebasab polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Kedua, bagaimana Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar boleh mengehadkan siasatan polis semata-mata kepada lima cadangan PAC," jelas Pua yang juga salah seorang daripada ahli jawatankuasa berkenaan.

Pua mengulas kenyataan Khalid semalam bahawa polis telah menyiapkan fasa pertama penyiasatan kes 1MDB yang terhad kepada lima cadangan PAC sebagaimana yang diarahkan oleh Kabinet.

Khalid menegaskan pihaknya kini hanya akan memberi fokus kepada lima syor yang ditetapkan PAC berhubung skandal 1MDB itu.

“Saya dah beritahu lima syor dari PAC itu adalah menjadi fokus kami jadi saya tidak mahu polis diheret di luar daripada apa yang diarahkan kepada kami kerana kalau tidak (fokus) siasatan ini akan merebanlah,” kata Khalid.

Pua menambah, pendedahan KPN itu menjadi masalah kerana sebagai anggota PAC, terutamanya dari BN yang sering menegaskan dalam mesyuarat bahawa jawatankuasa itu bukan badan siasatan jenayah dan siasatan itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk polis.

Oleh itu, cadangan PAC tidak memberi tumpuan kepada kemungkinan wujudnya unsur-unsur jenayah.

"Sekarang, pihak polis nampaknya telah diarahkan untuk menghadkan siasatan kepada 'cadangan' PAC yang tidak berdasarkan siasatan 'penjenayah' sejak dari mula," keluh Pua.

Pua berkata siasatan PAC dan cadangan yang terhasil bukan sahaja tidak berdasarkan elemen-elemen jenayah tetapi juga dihalang kekurangan pendedahan dan kerjasama 1MDB yang menjadikannya tidak boleh dipercayai sepenuhnya sama ada benar-benar mendedahkan sejauh mana kemungkinan berlakunya salah laku.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .