Masalah ekonomi terus menekan.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sendiri mengaku rakyat jelata sudah tidak mampu lagi menanggung beban kenaikan kos sara hidup.
Berucap merasmikan persidangan tahunan Pemuda di Pusat Perdagangan Antarabanga Putera (PWTC) di ibu negara, beliau menggesa kerajaan dipimpin Umno agar tidak menaikkan lagi harga barang dan perkhidmatan.
Masalahnya, kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah akibat Plan Transformasi Ekonomi Najib sendiri.
Dasar fiskal dan pasaran berbuka pentadbiran Najib menyebabkan harga naik.

Beliau anti-subsidi.
Hatta subsidi beras hancur makanan orang miskin pun dihapuskannya.
Najib lebih rela menyusahkan rakyat jelata dan menerima maki hamun mereka daripada melanggar perintah Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan agensi penarafan antarabangsa yang mahu kita menghapuskan subsidi dan membuka pasaran kita seluasnya.
Hari ini juga, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam kad laporan ke-2 mengenai agenda ekonomi Bumiputera berkata, banyak cabaran dalam usaha capai matlamat 30% pemilikan korporat Bumiputera menjelang tahun 2020.

Pegangan korporat Bumiputara kini sekitar 22% sahaja.
Banyak lagi berita buruk mengenai Melayu dan Umno.
Melayu dipandang begitu rendah sehingga seorang India tempatan bernama (Tan Sri) Kenneth K Eswaran berani memberi amaran kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, agar jangan cuba menjatuhkan Najib menggunakan taktik yang mengganggu gugat kestabilan negara.
Semua perkembangan ini tidak membantu meyakinkan orang Melayu didalam dan luar Umno masa depan mereka terjamin dan bangsa Melayu dihormati di bawah kepemimpinan Najib.
Satu lagi berita buruk bagi Najib ialah percubaan beliau menggoda Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, agar berkongsi ranjang dengan beliau sudah mula ditendang banyak pihak dalam PAS.
Dalam temu ramah dengan media arus perdana yang disiarkan pada 8 Disember, Najib berkata, ada tanda yang PAS semakin menerima baik cadangan kerjasama Umno-PAS menjelang Pilihan Raya Umum 2018.
Dengan Umno dalam keadaan lemah dan parti BN, kecuali di Sarawak, terus ditolak pengundi bukan Melayu, Najib memerlukan PAS untuk memperkukuhkan sokongan Melayu.
PAS pula kehilangan ramai pemimpin berwibawa dan berfikiran terbuka apabila golongan agama menang besar dalam pemilihan parti awal tahun ini. Sebahagian mereka keluar PAS dan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GBH).
Penolakan ini bukan terhad kepada akar umbi PAS saja.

Akar umbi Umno pun besar kemungkinan memberikan reaksi yang sama kerana selama ini merekalah berperang habis-habisan dengan PAS di peti undi.
Walaupun Najib memperkukuhkan kedudukannya dalam kerajaan dan parti, beliau menghadiri PAU kali ini dalam keadaan sangat takut.
Sejak beberapa bulan lalu, tanpa segan silu, beliau menggunakan saluran politik, legislatif dan eksekutif untuk membolot kuasa dan mematikan penentangan.
Dalam arena politik, beliau memecat penentang dalam Umno.

Melalui kuasa eksekutif beliau menggugurkan Mahyuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.
Beliau menggunakan kuasa pentadbiran memecat kakitangan awam yang disyaki tidak menyokong beliau dan menggantikan mereka dengan orang pilihan.
Tetapi beliau tetap takut kepada ahli partinya sendiri.

Kerana ketakutan beliau itulah, perhimpunan yang sedang berlangsung sekarang berupa yang paling terkongkong dalam sejarah Umno.
Isu berkaitan 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 bilion yang beliau terima tidak boleh dibangkitkan.
Perwakilan, resolusi, pembentang resolusi, pembahas dan pemerhati disaring, ditapis, diberi indoktrinasi dan masa perbahasan dipendekkan.
Kalau segala syarat itu dipatuhi, maka yang hadir persidangan kali ini adalah kembiri.

Yang lelaki menderita koro dan perempuan dingin (frigid).
Tetapi kadang kala, kambing kembiri (kambing yang dikasi) pun kalau terkepung atau diacah akan melawan.
Jadi apakah akan ada pembentang ketetapan dan pembahas yang tidak berjaya dikasi “anunya” bangkit membahaskan 2 isu yang diharamkan itu?
Ditakdirkan semua pembentang ketetapan, pembahas dan perwakilan sudah dikasi atau dikunci “anunya” atau sarang mereka sudah diisi telur emas, maka jadilah PAU kali ini persidangan 1 agenda iaitu sokong presiden.
Sekali gus jadilah kepemimpinan Umno kumpulan manusia hipokrit, tanpa hati nurani (conscience) dan tanpa prinsip.

No comments: