Walaupun Datuk Seri Najib Razak menerima sokongan memberangsangkan daripada perwakilan yang berucap pada perhimpunan agung parti semalam, realitinya keadaan tidak begitu baik untuk presiden parti dilanda masalah itu.
Najib, yang juga perdana menteri, merasmikan pembukaan perhimpunan itu dengan menghamburkan kecaman terhadap pengkritiknya sambil mempertahankan dirinya terhadap dakwaan skandal kewangan dan pada masa sama, melaungkan taat setia beliau kepada parti dan pemimpin terdahulu, mengatakan beliau "tidak pernah menjatuhkan sesiapa".
Pada masa sama, beliau cuba memujuk musuh tradisi partinya, PAS, mempelawa mereka bergabung tenaga membina sebuah "Malaysia yang sempurna".
Tetapi, beberapa ahli Umno yang ditemui The Malaysian Insider, mengkritik ucapan dan idea yang dilontarkan Najib.
Tidak seperti perwakilan yang berbahas, mereka tidak berpeluang menyuarakan pandangan setelah menerima amaran daripada ketua bahagian mereka.
Oleh itu, beberapa ahli hanya mahu bercakap dengan syarat nama penuh mereka tidak digunakan.
Salah seorang daripadanya ialah Izham, Pemuda bahagian Batu, yang berkata Umno kini dilanda "sindrom senyap", di mana ahli disekat daripada bercakap dan mereka yang menegur dilabel pengkhianat.
"Presiden tidak menjawab persoalan, kritikannya hanya menjurus kepada mereka yang mengkritiknya," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Permasalahan orang Melayu tidak diulas secara terperinci."
Katanya, Pemuda Umno berdepan kesukaran menghadapi pengundi yang terbeban akibat kos sara hidup yang meningkat, pada ketika pucuk pimpinan bergelut dengan isu seperti skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma 2.6 bilion.
"Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, kali ini dilihat suram, kamu boleh lihat sendiri. Tidak meriah seperti tahun sebelumnya.
"Kami sesama Pemuda pun tak tahu mengapa, mungkin terkesan dengan kemelut yang dihadapi sekarang," katanya.
sumber

No comments: