» » Kerajaan M'sia tidak bersedia sebenarnya hadapi kemerosotan ekonomi


Terdapat tanda-tanda yang ekonomi negara ini akan menemui jalan buntu dan kerajaan tidak bersedia secukupnya menangani keadaan itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Dalam posting di blog beliau hari ini, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, walaupun ekonomi jauh daripada kemelesetan, mereka yang pernah melalui krisis ekonomi negara sebelum ini berasa bimbang kerana tiada rancangan luar jangka dalam menangani keadaan ekonomi semasa.

"Sejak krisis ekonomi Asia pada 1997-1998, ekonomi kita tidak berkembang lebih daripada 5% setiap tahun, berbeza dengan 7% yang dicapai sebelum itu.

Beliau berkata, tidak seperti pendahulunya, keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini goyah dan ini menyumbang kepada kegagalan program transformasi ekonomi (ETP) dalam menyekat kemerosotan ketika ini.

Najib berada di tengah-tengah skandal sekitar siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi beliau, dikatakan sebagai sumbangan politik Umno daripada sumber Timur Tengah.

Kadir berkata, di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, terdapat kesukaran, kegagalan perniagaan dan pengangguran "tetapi selalunya akan ada penyelesaiannya."

Beliau memuji pelantikan Tun Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan, yang memperkenalkan langkah-langkah penjimatan dengan memotong gaji menteri dan pegawai tinggi kerajaan, menyusun semula perbelanjaan dan pinjaman kerajaan, sebagai faktor yang membantu memulihkan semula ekonomi daripada pertumbuhan negatif sekitar tahun 1985-86.

Katanya, dasar yang menyebelahi sektor swasta, termasuk pengkorporatan dan penswastaan, juga diperkenalkan dan pertumbuhan dinikmati selama satu dekad penuh sebelum kemelesetan kewangan Asia 1997-1998.

Beliau berkata ketika itulah Dr Mahathir memperkenalkan kawalan pertukaran asing terhad bagi menambat kadar pertukaran ringgit pada RM3.80 bagi setiap dolar, yang bertentangan dengan 'bailout' Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang katanya digemari timbalan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kadir berkata, dalam semua krisis negara pada masa lampau, kerajaan mempunyai rancangan dan penyelesaian yang jelas, yang diperkukuhkan lagi dengan keyakinan pelabur.

Beliau mempersoalkan jika kerajaan di bawah Najib boleh melakukan sebaik yang dibuat pentadbiran.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .