» » Tuntut Najib Razak tunjukkan bukti berkaitan cukai pendapatan jika benar beliau tidak bersalah dalam skandal RM2.6 bilion dan 1MDB


Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut bukti berkaitan cukai pendapatan semasa wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Lagipun bukti perlu dibuat berkenaan dengan cukai pendapatan yang dibayar semasa duit ada dalam akaun peribadi Najib.

“Ini juga sebahagian dari undang-undang negara,” katanya.

Arab-Malaysian Bank didenda 50 juta ringgit kerana kesalahan tertentu tetapi Najib sebagai pemilik wang yang banyak tidak dikena apa-apa bayaran setakat yang diketahui.”


Beliau justeru mengingatkan bahawa perdana menteri juga tidak kebal daripada mematuhi undang-undang negara.

Menulis di blognya, Mahathir juga mendakwa perwakilan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini dilarang bertanya soalan itu.

“Duit dalam Arab-Malaysian Bank sebanyak 2.6 bilion ringgit telah dipindah ke Singapura. Umno berhak mendapat laporan akan kedudukan duit ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan tidak menyerahkan wang itu kepada Umno juga sebuah kesalahan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .