» » Ayda Jebat bakal rakam lagu baru di Jakarta


TIDAK berjaya membawa single pertamanya Siapa Diriku ke final Anugerah Juara Lagu ke-30 pada tahun depan, tidak mematahkan semangat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat untuk terus menghasilkan lagu baru.

“Saya tak kecewa malahan berbangga dapat masuk semi final Muzik-Muzik. Lagipun, tak ramai pelakon yang berjaya menempatkan diri dalam program Muzik-Muzik.

“Penyertaan ini sebenarnya telah lebih menyuntik semangat saya untuk terus menghasilkan lagu baru yang lebih baik di masa akan datang.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutamanya kelab peminat Ayda Jebat Screamer (AJS) yang sentiasa setia menyokong.

“Pada 15 Disember ini (Selasa) saya akan ke Jakarta bagi merakam single kedua. Judulnya masih rahsia sebab ini kejutan buat para peminat.

“Saya akan berada tiga hari di sana sambil mengintai peluang lain bidang seni,” ujar Ayda kepada Mangga Online. Produser terlibat bagi rakaman single tersebut ialah Irwan Simajuntak yang sebelum ini banyak berkolaborasi dengan beberapa artis top Indonesia antaranya Datuk Rossa dan Afgan.

Manakala komposer single kedua itu ialah Kevin Chan yang terdahulu menghasilkan lagu Beribu Sesalan.

Ayda menambah, bertanding di peringkat semi final Muzik-Muzik sedikit-sebanyak beri pengalaman untuk lebih sukses di masa depan sebagai penyanyi.

“Memang lakonan adalah kerjaya utama tetapi saya juga mahu capai impian besar sebagai penyanyi.

“Kalau dulu semasa tersingkir dari AF9 saya memang kecewa sebab masa itu tak tahu nak buat apa. Tapi sekarang, saya semakin matang dan tahu apa yang harus dilakukan.

“Selain ingin lebih menstabilkan kerjaya lakonan, saya juga mempersiapkan diri menjadi penghibur yang disukai ramai,” katanya lagi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .