» » Polis tahan lelaki hina institusi diraja Johor menerusi Facebook


Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menghina institusi diraja negeri ini, menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Larkin Jaya, di Johor Baru, pada 3.30 pagi, semalam, oleh pasukan khas yang ditubuhkan polis.

"Suspek yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas polis bertindak atas satu laporan yang dibuat seorang individu, 7 Disember lepas.

"Kata-kata lelaki itu (menerusi Facebook) sangat menghina institusi diraja kita dan perkara ini tidak boleh dibiarkan," katanya kepada pemberita di Johor Baru hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki berkenaan dan ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Wan Najmuddin berkata semakan rekod jenayah mendapati dia mempunyai rekod lampau pada Oktober lepas atas kesalahan memeras ugut.

Suspek kini direman empat hari sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .