TIGA hari lagi final Gegar Vaganza musim kedua (GV) tetapi sudah bergegar laman sosial dengan cerita-cerita panas melibatkan bintang-bintang GV.
Terbaru, ada yang cuba memanaskan suasana antara Farahdhiya dengan bintang terakhir yang tersingkir di semi final iaitu Azian Mazwan Sapuwan.
Entri Azian di laman sosialnya baru-baru ini ‘dipanaskan’ kononnya sengaja menyindir tahap vokal Farahdhiya. Azian sudah pun menjelaskannya.
“Kami sesama bintang GV semuanya dah macam adik-beradik. Saya kesal dan terkilan ada segelintir pihak cuba nak melaga-lagakan kami.
“Kami rapat dan saling menyokong antara satu sama lain tetapi macam-macam analisis yang orang di luar sana buat hingga cuba melagakan kami.
“Saya harap kami bintang peringkat akhir GV tidak termakan atau terpengaruh kata-kata yang melaga-lagakan. Harap semuanya bertenang dan bersangka baik pada dunia hiburan,” ujar Haiza.
Haiza bersama bintang-bintang lain yang kembali menyengat di dalam GV, berharap semua pihak bertenang dan tidak terpengaruh kata-kata segelintir pihak yang disifatkannya cuba menjadi ‘batu api’.
“Untuk mereka yang suka menjadi batu api harap hentikanlah sikap begitu sebab ini cuma hiburan.
“Rasanya pengguna laman sosial perlu tahu ini bukan medan bertempur untuk dapat jawatan penting hingga perlu nak berbalah.
“Kami kembali ke pentas GV untuk menghiburkan semua peminat dan kami berterima kasih di atas sokongan yang sangat luar biasa,” katanya lagi.
sumber




No comments: