Kemunculan penyanyi Haiza di pentas Gegar Vaganza (GV) musim kedua telah membuka mata banyak pihak sebenarnya beliau adalah seorang penghibur yang versatil.
Setiap minggu beliau tampil dengan gaya persembahan berbeza dan imej yang berlainan mengikut kesesuaian lagu dan persembahan. Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap pernah memuji Haiza kerana memberikan satu persembahan yang sangat menghiburkan.
Bukan sahaja bakatnya yang menjadi tumpuan, malah penampilan Haiza juga sering mendapat perhatian. Ramai yang memuji kecantikannya setiap kali tampil di atas pentas. Tidak kurang juga ada yang menghantar pesanan peribadi kepada Haiza.
Apabila melihat Haiza yang semakin jelita dengan aura dan karisma mempesona ada lelaki yang mula naik daun mahu mendekatinya. Sedangkan peminat sedia maklum Haiza sudah pun berumah tangga dengan Norhanapfe Omar dan mempunyai seorang anak, Nur Iman Syafie, 3 tahun.
“Peminat yang mungkin tidak kenal saya sebelum ini menghantar pesanan dan mereka sangkakan saya belum berkahwin. Malah ada yang katakan saya seorang janda kerana mereka tidak tahu siapa suami saya.
“Ada juga seorang artis lelaki yang sudah lama tidak berhubung dengan saya tiba-tiba menghantar mesej. Katanya peminat saya. Dia seorang artis lelaki yang sudah pun berkahwin.
“Selain itu ada juga rakan-rakan yang selama ini memandang rendah pada saya sudah mula melihat kemampuan sebenar saya.
“Apabila ada yang menghantar mesej nakal, saya hanya anggap ia sebagai gurauan. Maka saya akan balas dengan usikan atau mungkin tidak membalasnya langsung.
“Rasanya tidak perlu untuk saya beritahu kepada semua menerusi gambar-gambar di laman sosial bahawa saya sudah berkahwin. Cukuplah peminat yang sebelum ini tahu status saya dan siapa keluarga saya.
“Saya anggap ini adalah dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Apabila suami sudah memberi kelonggaran untuk menyertai program ini, maka saya harus bijak untuk menjaga kepercayaannya,” ujar Haiza .
sumber




No comments: