» » Anzalna belum sedia umum tarikh nikah


Sebelum ini ada khabat mengatakan pelakon Anzalna Nasir bakal berkahwin pada penghujung tahun ini selepas selesai komitmen penggambaran drama 148 episod, Memori Cinta Suraya yang memakan masa lebih setahun.

“Belum ada tarikh lagi untuk berkahwin. Mungkin tahun hadapan.

“Selepas tamat penggambaran drama Memori Cinta Suraya saya sibuk menguruskan perniagaan dan juga hal perkahwinan. Dalam kepada saya sekarang pelbagai perkara yang difikirkan.

“”Selagi mampu bekerja dan selagi belum terlantar sakit masuk hospital, saya akan terus bekerja. Saya juga tidak akan kurangkan tawaran berlakon walau sibuk dengan perkahwinan,” cerita Anzalna.

Bercerita tentang perniagaan, Anzalna memperkenalkan produk terbaru penjagaan rambut yang diberi nama Anzel Hair. Produk ini menggunakan minyak marula yang bertujuan untuk menjaga kesihatan rambut.

“Saya sudah menggunakan minyak marula sejak setahun lalu dan ia sangat baik. Saya sendiri dapat rasakan minyak ini dapat menjaga kesihatan rambut.

“Apabila ada yang menegur rambut tentang rambut, maka saya terfikir untuk berkongsi kepada orang ramai. Dalam masa yang sama ia juga dapat menjana pendapatan sendiri.

“Saya berkorban melabur untuk memulakan perniagaan ini. Takut juga menggunakan duit sendiri, bagaimanapun saya berjaya mendapat pulangan dalam masa tiga hari memulakannya,” cerita Anzalna.

Produk ini boleh didapati secara atas talian di Instagram @anzelhair atau di mana-mana butik pakaian Zawara.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .