» » Shiha nafi tiru Rossa untuk raih undi


Sebelum ini sudah ada yang mengatakan kononnya wajah penyanyi Shiha Zikir mirip Diva popular Indonesia Datuk Rossa. Sekali pandang tidak dinafikan dua penyanyi ini seakan sama.

Apabila Shiha menyertai pertandingan D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia, semakin ramai peminat yang membandingkan wajahnya dengan Rossa malahan ada yang melihat gaya percakapan, gelak tawa serta perwatakan Shiha persis Rossa.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan Shiha sengaja meniru Rossa demi menumpang populariti sekaligus meraih undi peminat dalam peogram pertandingan tersebut.

Adakah ini cara mudah untuk Shiha memancing perhatian peminat di sana?

“Dari sekolah lagi sudah ada yang mengatakan wajah saya seperti Rossa. Apa yang boleh saya katakan apabila orang yang bercakap begitu?


“Saya tidak pernah cuba meniru untuk menjadi sesiapa. Saya pun tidak mahu jadi seperti Rossa. Tidak wujud dalam fikiran mahu jadi sepertinya.

“Apabila di Indonesia semakin ramai yang katakan wajah kami sama. Malah pihak produksi lebih senang memanggil saya dengan gelaran Ocha (panggilan mesra Rossa). Sehingga ada yang tidak tahu nama sebenar saya.

“Rossa sendiri ada menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada saya memberitahu beliau ada menonton persembahan saya.

“Beliau adalah salah seorang penyanyi idola saya. Seorang wanita yang sangat kuat dan berjaya mencipta nama di Asia. Saya ambil semangatnya itu,” ujar Shiha .

Bercerita tentang D’Academy Asia, Shiha memberitahu sedaya upaya mahu mengetengahkan muzik tradisional Melayu ke peringkat Asia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .