Umno dikuasai pemimpin yang angkuh.
Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta bakat.
Bahkan keangkuhan mereka disebabkan ada kedudukan dan jawatan dan mereka kaya raya.

Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal.
Bahkan kekayaan mereka ialah kerana kebanyakannya “rent seekers” dan kaki balun duit rakyat.
3.4 juta ahli Umno dikuasai 22,000 ketua cawangan, 191 ketua bahagian dan 48 orang anggota Majlis Tertinggi.
Jadilah Umno sebuah parti kumpulan 1% oleh 1% dan untuk 1%.

Ketua kumpulan 1% terpilih ini , pada waktu ini ialah Najib.
Siapa kumpulan terpilih 1% ini?
Siapa kumpulan terpilih 1% ini?
Mereka terdiri daripada yang kurang bakat dan kebolehan, yang tidak kerja kuat semasa sekolah dan kolej atau universiti, mereka yang rasuah dan yang menyokong sistem rasuah.
Nilai-nilai mereka ini dicerminkan dalam dasar-dasar yang dijalankan.
Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia.
Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia.
Kesetiaan boleh dibeli dengan RM1,000 setahun.
Harga kesetiaan dan sokongan hanya RM2.74 sehari.
Najib hanya perlu mempedulikan kepentingan 191 ketua bahagian dan tidak perlu pun menghiraukan 22,000 ketua cawangan.
Kepada Najib, tunai itu raja.
Kepada Najib, tunai itu raja.
Tunjukkan duit kepadanya, semua beres.
Apabila ditanya mengenai butiran 1MDB di Parlimen, menteri kewangan ke-2 memulakan jawapan dengan berkata – objektif kita ialah menyelesaikan tanggungan dan hutang 1MDB bukan?
Benar, tapi isu lebih besar adakah kita menjadikan penjualan aset untuk mengurangkan hutang dan bebanan sebagai alasan menutup salah laku?

Salah laku dan penipuanlah yang menyebabkan masalah 1MDB.
Menyelesaikan masalah dengan wang, tidak batal salah laku.
Soalan paling mudah – sejak hari pertama kerajaan kata 1MDB bukan syarikat kerajaan.
Penglibatan kerajaan hanya modal bermula sebanyak RM1 juta.

Jika bukan syarikat kerajaan, mengapa kerajaan hari ini melindungi 1MDB?
Apa istimewanya mengenai 1MDB sehingga kerajaan beri surat jaminan kepada 1MDB?

Biarkan sahaja 1MDB bankrap dan bersama sama kehancurannya, mendedahkan semua yang terlibat dalam skandal 1MDB.
“Clearing debts by seling whatever assets 1MDB has does not excuse and exonerate wrongdoings and wrongdoers.”
Umno bukan Umno dahulu lagi.

Ia jaga kepentingan presiden dan penyokong presiden.
Tempat mesyuarat MKT Umno seperti dinyatakan dalam buku perlembagaan Umno ialah Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.
Tapi kali ini, ia diadakan di bangunan Parlimen.

Ini amat menakjubkan dan menunjukkan keangkuhan parti Umno.
Ia hanya sebuah parti yang mempunyai 3.4 juta ahli, 191 ketua bahagian, 21,800 ketua cawangan dan 48 ahli majlis tertinggi.

Melayu Umno hanya 20% daripada jumlah bangsa Melayu.
Di dalam Umno dikuasai kumpulan 1% teratas.

Ia sebuah organisasi kumpulan 1%, oleh 1% dan untuk 1%.
Ertinya, ia jaga kepentingan 1%, dikuasai 1% dan melakukan semua dasar untuk 1%.
Untuk negara, ia bukan jaga kepentingan semua orang.

Dasar dan kepentingan Umno ialah kumpulan 20%, oleh 20% dan untuk 20%.
Ia tidak sama dengan kepentingan baki 80% bangsa Melayu lain.

Malah ahli Umno hanya 17% daripada jumlah Melayu seramai 18 juta.
Oleh kerana Umno sudah memulakan “precedent”, maka parti politik lain agaknya akan juga boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka di Parlimen.
Umno memulakan “precedent” yang tidak bagus ini.

Mereka tidak boleh pusing balik dan kata, hanya Umno sahaja boleh melakukan demikian. Parlimen bukan milik Umno.
Mengenai apa sebab Umno melakukan demikian sebetulnya tidak penting.

Sama ada ia untuk mengasingkan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal atau kerana mahu menghimpunkan ahli Parlimen Umno hampir dengan dewan – tidak penting.
Yang nyata ialah Umno sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan.

Ia jadi cemas, sebab sudah hilang keyakinan bangsa Melayu.
Ahli-ahlinya sendiri sedang memberontak mahukan presiden disingkir supaya jangan mencederakan masa depan Umno dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu ke atas Umno.
Nilai Melayu Umno tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.
Semasa membentang Bajet 2016, Najib membaca suatu ayat daripada al-Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerimanya.
Nabi Muhammad SAW menyebut apabila amanah disia-siakan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba.
Bila ditanya, bagaimana amanah disia-siakan – baginda jawab, ia disia-siakan apabila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.
Bangsa Melayu mesti menilai – adakah amanah kepada pemimpin Umno hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya?

No comments: