» » Adakah Gani Patail berani akui dakwaan adik Kevin Morais yang abangnya terlibat dalam siasatan skandal 1MDB semasa dibunuh ?


Pendedahan terkini Charles Morais dalam akuan bersumpah mengenai membunuh abangnya, Kevin membolehkan siasatan antarabangsa baharu dan penuh tentang kes itu kerana penglibatan beberapa personaliti berkuasa, kata DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang juga menambah, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang juga merupakan ketua Kevin, adalah salah seorang yang akan tahu sama ada dakwaan Charles dalam SD itu benar arau tidak.

"Pendedahan Charles dalam SD beliau membolehkan siasatan baharu dan penuh bagi kes pembunuhan Kevin, tetapi ia perlu siasatan antarabangsa memandangkan implikasi dakwaan pembabitan personaliti berkuasa, termasuk peguam negara baharu yang sebelum ini menolak laporan tentang kertas pertuduhan yang dikatakan terhadap perdana menteri.

"Seseorang sepatutnya tahu mengenai dakwaan Charles adalah Tan Sri Gani Patail, orang atasan Kevin yang dipecat daripada jawatan peguam negara kerana ‘atas sebab kesihatan', 3 bulan sebelum persaraan wajibnya. Tetapi mahukah Gani bersuara?" kata Lim dalam ucapannya pada suatu majlis di Pulau Pinang malam tadi.

Dalam sidang akhbar semalam, Charles mendakwa pembunuhan abangnya yang juga timbalan pendakwa raya mempunyai kaitan dengan kertas pertuduhan yang disediakan untuk mendakwa "pegawai berpangkat tinggi kerajaan”.

Charles berkata, Kevin pernah memberitahunya beliau sedang menyiapkan kertas pertuduhan, di Pejabat Peguam Negara.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali sebelum ini berkata. draf kertas pertuduhan tersebut sebagai palsu.

Pada 18 halaman akuan bersumpah, Charles berkata 2 atau 3 bulan sebelum kematian Kevin, beliau memberitahunya sedang mengendalikan kes melibatkan pegawai kerajaan berpangkat tinggi.

Enam lelaki didakwa dengan pembunuhan Kevin, manakala ahli patologi Dr R. Kunasegaran didakwa bersubahat.

Mayat Kevin ditemui dalam tong dram bersimen dalam paya di Taman Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya, 12 hari selepas penculikannya pada 4 September.

"Ini adalah pendedahan mengejutkan jika ia benar," kata Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata.

"Malaysia seolah-olah menjadi ‘Land of Shocking Statutory Declarations’ dan rakyat Malaysia diingatkan kembali akaun bersumpah sebelum ini oleh penyiasat persendirian PI Bala berkaitan pembunuhan ngeri wanita Mongolia Altantunya Shaariibuu."

Didakwa draf lembaran tuduhan terhadap Najib muncul di Sarawak Report pada 30 Julai dan mendakwa dokumen ini yang membawa kepada penyingkiran Gani sebagai peguam negara hanya beberapa hari lebih awal.

Laman web itu melaporkan, Gani tiba-tiba dibuang apabila beliau "bakal" memfailkan dakwaan rasuah terhadap perdana menteri.

"Dokumen-dokumen, yang sedang disiapkan di peringkat draf terakhir oleh peguam negara dihantar ke Sarawak Report berikutan pemecatan Gani dan kini disahkan pihak lain," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .