Polis percaya dapat menyelesaikan kes seorang lelaki yang cedera parah selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh pada 8 Oktober selepas menahan 3 individu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu sebuah rumah di Jawi, Nibong Tebal pada jam 2.30 pagi 3 November lepas dan menahan sepasang kekasih berusia 26 dan 35 tahun.
"Ekoran penahanan pasangan kekasih itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan berkenaan," katanya.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya dan cedera di leher, bahu dan pipi.
Zakaria berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menahan seorang lagi lelaki di Jalan Raja Uda, Butterworth pada 9 November dan merampas sepucuk pistol, 14 butir peluru dan sejumlah dadah bersamanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, 3 individu yang ditahan dan tidak bekerja itu dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif di Pulau Pinang.
sumber




No comments: