» » Pengarah imigresen Perak direman bantu siasatan kes rasuah


Pengarah imigresen Perak dan seorang penolong penguatkuasa jabatan berkenaan ditahan reman selama 4 hari kerana disyaki menerima dan meminta rasuah daripada pemilik sebuah pusat hiburan di Sitiawan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu meminta dan menerima rasuah.

Peguam Datuk Naran Singh, yang mewakili suspek, ketika ditemui memaklumkan anak guamnya ditahan di rumah jam 2 pagi, hari ini.

Beliau berkata suspek disyaki menerima suapan sebanyak RM7,000 dan meminta pusat hiburan berkenaan membayar sejumlah RM10,000 sebulan mulai Januari tahun depan sebagai dorongan agar tindakan tidak diambil terhadap pelayan pelanggan yang bekerja di situ.

Naran juga memaklumkan SPRM memohon mahkamah membenarkan kedua suspek ditahan reman selama 7 hari. Ini dibantah oleh Naran yang dibantu peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, membantah atas alasan tempoh itu terlalu panjang dan kes ini tidak begitu serius.

Beliau kemudian mencadangkan agar suspek ditahan reman selama 2 hari kerana pihak SPRM boleh memanggil mereka diambil keterangan.

Katanya, tempoh tahanan reman yang panjang juga akan memalukan suspek pertama sekiranya tidak didakwa di mahkamah kerana dia memegang jawatan tinggi.

Seksyen 17(a) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .