“Kami sudah lama tidak ada apa-apa hubungan. Saya sekarang single dan masih belum ada teman istimewa. Saya sibuk dengan jadual penggambaran dan banyak habiskan masa untuk diri sendiri sahaja. Tidak sempat bercinta. Saya mohon semua pihak agar mendoakan saya bertemu jodoh suatu hari nanti.
Pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini tidak menjadikan Ana serik menerima kehadiran lelaki. Malahan beliau amat berharap akan hadir seorang lelaki yang sudi menjadi pembimbingnya.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar pernah mendirikan rumah tangga bersama Chef Riz pada Disember 2011 namun berpisah selepas 11 bukan berkahwin.
“Saya tidak pernah putus asa mencari cinta. Hidup harus diteruskan dan sebagai wanita saya perlukan seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup. Jika ada yang mahu mendekati saya tidak menolak. Tetapi buat masa ini tidak ada sesiapa yang cuba rapat mengenali saya.
“Saya mengharapkan seorang lelaki yang boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik di masa akan datang,” ujar Ana .
Sebagai seorang artis popular, Ana cukup faham apabila soalan jodoh sering diajukan.
“Sudah menjadi perkara biasa sekarang ini apabila orang ramai bertanya bila mahu kahwin semula? Saya tak kisah. Ini adalah takdir yang perlu saya lalui dan harus tabah dengan ketentuan Tuhan,” ujar Ana. Terbaru, beliau bakal muncul dalam dramaMenongkah Kasih di TV3 dan Singgahsana Cinta untuk RTM.





No comments: