Seorang pelajar kolej, yang dikaitkan dengan video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbogel melakukan onani di belakang rumah jirannya di ibunegara minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Ahmad Zikrizaid Abdullah, 18, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang suri rumah berusia 47 tahun dengan cara menunjukkan kemaluannya dalam keadaan bogel kepada mangsa sehingga menganggu kesantunan wanita itu.
Tertuduh, yang memakai baju-T berwarna biru dengan seluar jeans, menggeleng-gelengkan kepalanya selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Zulyana Zollkapli.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bahagian belakang dapur sebuah rumah di Pandan Indah pada pukul 12.20 tengah malam, Sabtu lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjar maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum syor wang jaminan RM6,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Donny Abdullah memohon jumlah yang munasabah.
Zulyana membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Disember 2015 untuk sebutan semula kes.




No comments: