» » Pembantu taska sedang tidur dirogol oleh 2 perompak secara bergilir-gilir


Tindakan pantas polis menjejaki dua perompak yang memecah masuk sebuah taska di Taman Monah sebelum merogol seorang pembantu taska berusia 19 tahun pada Jumaat lalu membuahkan hasil dengan kejayaan penangkapan mereka hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek pertama yang berusia 20 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 47 tahun di Petrajaya pada pukul 11.30 pagi.

“Susulan penahanan itu, suspek kedua yang berusia 21 tahun ditahan di Santubong pada pukul 3.45 petang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, dua lelaki telah memecah masuk ke dalam taska berkenaan sekitar pukul 1 pagi dan melarikan telefon bimbit, rantai emas, pemain cakera optik dan sebuah televisyen.

Pembantu taska yang tidur di premis itu diacukan pisau dan dirogol bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek sebelum melarikan diri.

Mengulas lanjut, Dev membe*ritahu, lelaki berusia 47 tahun yang ditangkap bersama suspek pertama masih lagi ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek utama yang berusia 20 tahun itu merupakan pencuri tegar dan pernah ditangkap beberapa kali bagi kesalahan pecah rumah dan curi,” ujarnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .