» » Gadis tingkatan 3 hilang lepas keluar beli kad topup


“Abah tolong.” Demikian kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh seorang ibu daripada satu nombor tidak dikenali, kira-kira 15 minit selepas anak perempuannya, Sharifah Nur Syahidah Syed Anwar, 15, pergi ke kedai serbaneka berhampiran untuk membeli kad tambah nilai prabayar, malam kelmarin.

Paridah Harun, 39, mengakui bertambah resah apabila panggilan telefon ke nombor berkenaan tidak menerima sebarang reaksi daripada pengirimnya sehingga ke saat ini.

Menurut Paridah, anaknya yang membantunya berniaga di sebuah kedai makan bersama suami, berjalan kaki seorang diri ke kedai serbaneka berhampiran sekitar pukul 11 malam dengan memakai seluar panjang dan baju T berwarna oren serta tudung hitam dan berselipar.

“Pada waktu itu, saya sedang sibuk dengan pelanggan. Namun, sebaik sahaja menerima SMS ber*kenaan, saya terus meninggalkan kedai dan menuju ke kedai serbaneka tersebut.

“Saya dan suami serta beberapa orang awam segera mencarinya di kawasan sekitar, namun usaha kami selama tiga jam tidak berjaya, Nur Syahidah gagal dijumpai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jelawat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Paridah berkata, biarpun sudah masuk hari ke*dua, masih tiada sebarang tanda mahupun panggilan telefon dite*rima daripada mana-mana pihak berhubung anak gadisnya yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Mene*ngah Kebangsaan (SMK) Raja Muda Musa.

“Anak saya seorang yang pendiam. Biasanya, kalau hendak ke mana-mana, kami akan pergi bersama-sama. Hubungan kami sangat rapat, malah, tidak ada sebarang perselisihan faham yang berlaku antara kami sekeluarga.

“Saya amat takut dan risau dengan keselamatannya. Kami sudah buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mencarinya,” katanya yang juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, polis sedang mengesan remaja berkenaan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .