Harga minyak dunia dilihat terus mengalami penurunan untuk beberapa tahun akan datang.
Hal ini dijelaskan oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde yang menggesa negara-negara Teluk supaya menyelaraskan bajet masing-masing dengan berhenti bergantung kepada pendapatan minyak dan gas.
“Kami yakin harga minyak akan berterusan rendah pada tahap ini untuk beberapa tahun lagi dan negara-negara Teluk perlu penyelarasan fiskal,” ujar beliau, seperti yang ditulis sumber berita antarabangsa AFP.
Tambah Lagarde lagi, IMF mengunjurkan pertumbuhan negara-negara Teluk menguncup daripada 3.2 peratus tahun ini kepada 2.7 peratus pada tahun depan. Pendapatan eksport dilihat rendah kepada AS$275 Billion berbanding pada tahun 2014 disebabkan harga tenaga yang rendah.
“Harga minyak menyusut lebih separuh sejak awal tahun 2014 dengan penanda antarabangsa , brent didagangkan pada AS$47.42 setong untuk penghantaran bulan Disember.
Jelas Lagarde lagi, penyelarasan fiskal itu perlu dikawal dalam perbelanjaan terutamanya dalam pendapatan sector awam dan menggalakkan pertumbuhan sector swasta.
“Strategi penyatuan fiskal perlu dilakukan secepat mungkin dan jelaskan kepada rakyat bagaimana penyelasaran akan dilakukan,” ujarnya sambil memberitahu negara-negara Teluk yang dimaksudkan termasuk Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.




No comments: