Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan tarikh yang sesuai untuk memberikan keterangan dalam siasatan terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim berkata dalam satu kenyataan hari ini, agensi itu sedang menunggu perdana menteri untuk memberikan tarikh itu.
"Kami menghubungi Pejabat Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk diambil keterangannya.
"Kami sekarang sedang menunggu tarikh untuk diadakan interview bagi membolehkan beliau menjelaskan isu yang berkaitan dengan penyiasatan ini," katanya.
Abu Kassim mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider yang SPRM diberikan sehingga akhir tahun ini untuk mengambil kenyataan daripada Najib berkaitan derma RM2.6 bilion yang diterimanya.
Badan itu mensasarkan untuk menyelesaikan penyiasatan mereka ke atas SRC International, bekas syarikat milik 1MDB, menjelang hujung tahun ini mengambilkira mereka boleh menemui 2 pengarahnya yang kini berada di luar negara.
"Juga, ia tidak menghalang kita untuk memanggil perdana menteri untuk merekodkan kenyataan," tambahnya.
Apandi bagaimanapun berkata, SPRM merekodkan kenyataan daripada pengarah urusan SRC International Nik Faizal Ariff Kamil dan pengarahnya Datuk Suboh Md Yassin.
Abu Kassim berkata, siasatan ke atas RM2.6 bilion memerlukan lebih banyak masa kerana transaksi berkaitan banyak berlaku di luar negara.
"Kami memerlukan masa untuk menyelesaikan penyiasatan kerana banyak tansaksi berlaku di luar negara, kita memerlukan proses bantuan undang-undang. SPRM juga memerlukan bantuan pihak asing.
"Jadi ketika kita mahu menyelesaikan penyiasatan secepat mungkin, kami tidak mahu berkompromi dalam pengumpulan bukti dan menemubual saksi penting," katanya.




No comments: