» » Mimi One Nation Emcee ditawar sertai program realiti Indonesia


PENYANYI yang juga anggota kumpulan One Nation Emcee, Mimi bakal menyertai program realiti televisyen D Academy Indonesia bermula November 2015 nanti.

Rancangan tersebut merupakan program pencarian bakat Indonesia dan tahun ini buat pertama kali penyertaan diperluaskan untuk peserta dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham, 28, berkata peluang sebegini adalah permulaan baginya untuk memulakan kerjaya di luar Malaysia.

Mimi yang juga kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Persembahan Teater terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Saya dapat tahu pihak produksi melihat video persembahan saya di Youtube dan kemudian menghubungi saya beri tawaran sertai program ini.

“Malahan mereka turut menghantar surat kepada pihak fakulti agar membenarkan saya ke Indonesia. Semua penyanyi mahukan peluang begini. Apabila ia tiba saya tidak akan tolak.

“Sudah lama saya cuba untuk tembusi pasaran Indonesia namun bukan mudah dan mendengar pengalaman rakan-rakan artis juga mereka beritahu percubaan ke sana tidak menjadi.

“Jadi, saya hanya mencuba untuk mencipta nama di sana menerusi program realiti televisyen sebegini. Dalam masa yang sama saya juga membawa nama Malaysia.

“Saya tidak mahu berangan dan meletakkan harapan terlalu tinggi. Kita lihat apa yang akan berlaku nanti. Dalam program ini juga buat pertama kali saya tampil solo. Tidak tahu bagaimana rasanya membuat persembahan seorang diri di atas pentas.

“Apabila di sana nanti saya juga akan ke Akademi Seni Jakarta untuk meneruskan pengajian. Perlu curi sedikit masa untuks siapkan tugasan kuliah yang tertangguh di sini,” ujar Mimi.

Beliau akan berangkat ke Jakarta, Indonesia beberapa hari selepas majlis resepsi perkahwinannya pada 7 November ini. Masih belum sempat berbulan madu, bagi Mimi inilah peluang yang harus direbut dahulu sebelum memikirkan soal bulan madu.

Mimi bernikah dengan Muhammad Firdaus pada 16 Mei lalu. Majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat. Pernikahan yang dirancang sepatutnya berlangsung November ini terpaksa diawalkan bagi memenuhi permintaan arwah bapanya yang meninggal dunia seminggu selepas Mimi bergelar isteri.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .