» » Konsert Rossa akan diadakan di Johor Bahru pada 25 November 2015


Setelah kejayaan konsert selama dua hari di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Mei lalu, diva pop Indonesia Datuk Rossa bakal kembali menghiburkan para peminat dalam satu konsert khas di Persada Convention Center, Johor Bahru, Johor pada 25 November ini.

Dengan nama konsert Pesona Cinta, penyanyi asal Sumedang, Jawa Barat ini kembali menggegar panggung muzik yang disokong penuh oleh Kementerian Pariwisata Indonesia. Johor dijadikan salah satu tempat pilihan untuk melengkapkan siri konsert Rossa Road Tour Malaysia.

Penganjur konsert ialah Insight Of Indonesia, sebuah organisasi yang menerajui sektor perlancongan, industri kreatif, seni budaya, koperasi dan olah raga dengan tujuan konsert untuk lebih mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Konsert ini juga bertujuan mempromosikan keindahan Indonesia dan sekaligus membuktikan penyanyi turut bisa menjadi duta pariwisata (pelancongan). Pemilihan Rossa sebagai penyanyi kebanggaan Indonesia untuk konsert tersebut memandangkan namanya sangat popular dan terkenal di Malaysia.

“Saya sudah tidak sabar ingin berjumpa pencinta lagu saya di Johor. Saya yakin akan menjadikan malam konsert itu satu malam yang tidak dilupakan oleh ramai orang sekaligus menjadi memori indah dalam perjalanan kerjaya seni saya.

“Bukan sahaja di Johor, para peminat dari luar sempadan antaranya Singapura, Batam dan Bandung juga bisa hadir bagi menyokong konsert ini,” ujar Rossa yang sangat ngetop di sini menerusi beberapa lagu hits antaranya Atas Nama Cinta, Ayat-ayat Cinta, Pudar, Aku Bukan Untukmu, Tegar, Hati Yang Kau Sakiti, Ku Menunggu, Malam Pertama, Sakura dan banyak lagi.


Rossa bertemu media Malaysia di ibu kota pada petang Rabu bagi pengumuman konsert tersebut yang turut disertai penyanyi undangan, Afgan, Hafiz Suip serta Joe Flizzow.

Harga tiket ialah RM989 (VIP), RM750 (Platinum), RM489 (Gold), RM249 (Silver) dan RM149 (Normal). Tiket boleh didapati melalui www.airasiaredtix.com atau untuk keterangan lanjut hubungi Reza di talian +60123571959.

Tiket juga boleh dibeli di Restoran Sari Ratu, cawangan Jalan Pahang, Kuala Lumpur serta Orchard Road, Singapura.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .