» » JULIANA EVANS nafi kerjaya seni makin suram


KEPULANGAN pelakon Juliana Evans ke Malaysia selepas tamat pengajian di Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat setahun lalu mendapat liputan hangat media tempatan.

Ketika itu, Juliana atau mesra disapa Jue berhasrat kembali aktif dalam dunia lakonan. Bagaimanapun ada yang melihat perjalanan kerjayanya agak suram dan masih belum terlihat drama atau filem lakonannya yang mendapat sambutan hangat kecuali Oh My English di saluran Astro.

Justeru, ada yang menganggap harapan besar melihat bakat Jue bersinar cerah hanyalah sekadar impian kosong. Bagi Jue sendiri, biarlah namanya jarang disebut tidak bermakna kerjaya seninya terhenti.

“Mungkin nama saya agak senyap dalam dunia hiburan kerana sibuk dengan penggambaran. Apa yang saya lakukan sekarang ini juga adalah untuk kebaikan peminat nanti.

“Perjalanan kerjaya selepas kembali ke Malaysia sangat bagus. Saya mengambil segala peluang yang ada dan banyak belajar sesuatu yang baru. Saya boleh katakan ia sebagai satu perjalanan yang sempurna kerana ini adalah apa yang saya mahukan.

“Tahun ini sungguh bermakna dan tidak mungkin saya lupakan kerana pelbagai perkara berlaku. Apa yang penting saya mahu lebih berikan perhatian untuk kembangkan kerjaya,” ujar Jue.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan hasrat untuk membuka kelas lakonan bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang meminati bidang lakonan. Ramai yang menantikan bilakah usaha Jue itu akan terlaksana.

“Ia adalah impian terbesar dalam hidup saya dan saya meletakkan sasaran lima tahun lagi untuk membuka sekolah tersebut.

“Saya melihat ia sebagai perniagaan buat diri saya di masa akan datang. Manakala dalam bidang lakonan pula, kita lihat sahaja apa yang akan terjadi nanti,” kata Jue.

Selain terlibat dalam drama Oh My English, Jue turut menjadi duta beberapa produk seperti Clear, Samsung, Silky Girl Cosmetic dan Nano White. Filem pertamanya selepas pulang ke Malaysia berjudul Alif Dalam 7 Dimensi bakal ditayangkan tahun hadapan.

Jue turut melengkapkan profil seninya dengan penglibatan di pentas teater berjudul Bawang Putih Bawang Merah yang bakal dipentaskan Disember ini.

“Sudah lama saya mahu berlakon teater di Malaysia dan selama ini hanya menunggu tawaran yang terbaik. Ini adalah sesuatu yang baru buat saya. Juga rasa takut untuk beraksi di pentas besar Istana Budaya dan dalam masa yang sama saya teruja,” ungkapnya lagi.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .