» » SYATILLA MELVIN tunggu masa dedah hubungan cinta


PERUBAHAN imej pelakon Syatilla Melvin yang kini sudah berhijab menimbulkan pertanyaan adakah kerana mahu melangkah ke alam perkahwinan? Apakah beliau mengambil keputusan berhijab sebagai persiapan bergelar isteri kepada pelakon lelaki yang digosipkan dengannya iaitu Shaheizy Sam?

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirul Melvin ini sendiri sudah dapat mengagak soalan tersebut akan menjadi bual bicara orang ramai apabila melihat penampilan terbarunya.

Nama Syatilla dan Sam sering dikaitkan setelah timbul spekulasi mereka mempunyai hubungan yang rapat. Namun demikian, masih belum ada penjelasan rasmi mengenai status sebenar hubungan mereka.

“Memang tidak akan habis orang bercakap tentang perkara ini. Selagi tidak ada penjelasan hubungan yang sah orang ramai akan terus memperkatakannya. Jawapan saya tetap sama seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, tunggulah…belum tiba masanya lagi.

“Saya harap orang ramai tidak akan marah kerana memberi jawapan yang sama. Janganlah buat spekulasi perubahan imej saya ini kerana nak kahwin,” jelas Syatilla .


Dalam masa yang sama Syatilla juga meluahkan rasa kecewa apabila ada yang terus membuat spekulasi tanpa bertanya pada tuan punya badan.

“Orang tidak tahu perkara sebenar dan apabila ada yang menulis tanpa bertanya ia seperti menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita. Banyak komen positif yang saya terima, ada juga sedikit komen negatif dengan imej baru saya ini.

“Bagaimanapun mulut orang saya tidak boleh tutup. Biarlah mereka berkata apa sekali pun. Saya tidak baca jika ada yang tidak elok tentang saya,” katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .