» » INTAN LADYANA rehat untuk tenangkan diri


PELAKON Intan Ladyana, 33 mengambil keputusan untuk berehat dari sebarang penggambaran drama atau filem beberapa bulan lalu kerana mula merasa penat setelah sekian lama tidak bercuti panjang.

Intan juga menafikan dirinya punya masalah kesihatan sehingga tidak dapat memberi komitmen dalam kerjaya lakonan seperti yang didakwa oleh Pengarah Urusan Mangkin Prestij, Jane Lim dalam sebuah laporan sebelum ini.

“Sakit itu adalah perkara negatif yag tidak mahu saya perkatakan. Semua orang sakit, tambahan pula dengan cuaca yang tidak menentu sekaranng ini.

“Saya ambil masa rehat kerana sebelum terlalu sibuk dengan kerja. Beberapa bulan bercuti dari penggambaran saya berpeluang untuk ‘refresh’ diri sendiri sebelum kembali ke lokasi.

“Sepanjang berehat saya dapat merasakan hidup lebih tenang dan berpeluang untuk lebih menjaga kesihatan. Selain duduk di rumah saya ada juga keluar pergi bercuti,” cerita Intan.

Dalam tempoh bercuti itu juga Intan mengambil kesempatan menguruskan beberapa hal berkaitan bidang perniagaan yang bakal dia ceburi nanti.

“Saya ada perancangan berkolaborasi dengan seorang pereka fesyen untuk memulakan perniagaan. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan dan belum masanya untuk bercakap lanjut.

“Perniagaan adalah satu cabang baru buat saya dan lihat sahaja nanti ia berjaya atau tidak. Menceburi perniagaan bukanlah bermaksud saya akan slow down dalam dunia lakonan,” jelas Intan.

Terbaru Intan tampil dalam filem berjudul Banglo Berkunci yang kini sudah mula ditayangkan. Filem arahan Dharma Aizat ini turut menampilkan pelakon lain seperti Adina Yunus, Fadhlan Hazim dan Fahmy Reza.

“Biasa dalam cerita seram saya yang menjadi mangsa, tetapi kali ini saya memegang watak hantu. Satu watak yang tidak pernah saya bawakan sebelum ini.

“Seronok dapat bawakan watak begini kerana saya dapat rasakan perbezaan dalam lakonan,” ujar Intan. Drama lakonannya berjudul Janda Muslimah dan Kampung Semerah Padi kini sedang ditayangkan di saluran RTM.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .