» » DAYANG NURFAIZAH mohon doa temu jodoh


Mengikuti perjalanan kerjaya penyanyi Dayang Nurfaizah, 34, pasti ramai setuju bahawa beliau antara artis wanita yang berjaya mengharungi dunia seni tanpa banyak kontroversi termasuk kisah cinta dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun soal teman hidup dan jodoh wanita asal Kuching, Sarawak ini terus dinantikan ramai peminat sekali pun telah banyak kali menegaskan dirinya masih solo dan belum mahu berkahwin.

Status solo juga kadangkala memberi satu persepsi yang membuatkan orang beranggapan Dayang sebagai seorang wanita yang tidak menginginkan kehadiran lelaki dalam hidup.

“Apa yang boleh saya katakan jodoh belum sampai. Saya juga tidak mencari dan percaya suatu hari nanti jodoh itu akan tiba. Sekarang ini saya masih belum bersedia.

“Sebenarnya saya sendiri tidak begitu terfikir tentang hal ini sehingga apabila orang bertanya barulah sedar usia semakin meningkat.

“Sebagai wanita tidak mungkin saya menolak jodoh. Saya mohon para peminat doakan agar saya segera bertemu jodoh.

“Kalau ada yang bercakap bukan-bukan mengenai saya lambat kahwin dan mengapa tiada teman lelaki, itu adalah hak mereka. Apatah lagi dengan adanya media sosial sekarang ini, mereka bebas untuk bercakap apa sahaja.

“Saya tidak boleh nak tutup mulut orang dan itu adalah hak mereka. Sebagai penyanyi ini adalah sesuatu yang perlu saya terima,” jelas Dayang .

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .