» » Inspirasi HANIE SORAYA dalam Pantas


SELEPAS berjaya dengan lagu Hujung Dunia dan Rasa Sayang, penyanyi muda berusia 20 tahun, Hanie Soraya tampil mempertaruhkan single terbaru berjudul Pantas yang kini kerap diputarkan di corong radio.

Pantas mendapat sentuhan Hanie sendiri selain mentornya, Faizal Tahir serta kerjasama Mike Chan dan Ezra Wong. Lagu ini memberi satu kelainan yang boleh memikat telinga pendengar selepas pertama kali mendengarnya.

Menerusi lirik lagu ini, Hanie menyeru generasi muda untuk mengejar impian mereka menjadi realiti. Ia disampaikan dalam alunan muzik yang segar, sesuai dengan aliran muzik semasa.

Video muzik lagu ini juga sudah pun dilancarkan membawa peminat mendekati sisi karakter Hanie bersama rakan-rakannya menikmati usia remaja. Ia membawa mesej bahawa usia remaja adalah waktu terbaik untuk mencapai satu impian.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .