AKTRES cantik, Raja Ilya mengakui adakalanya rasa geli hati dan tersenyum sendiri melihat dirinya melakonkan watak baik di dalam drama mahupun filem.
“Tengok diri sendiri pegang watak baik terasa pelik pula sebab selalunya lebih banyak diberi watak antagonis (jahat).
“Sebenarnya saya lebih suka watak jahat sebab melalui watak tersebut saya boleh mencorakkannya dalam banyak cara dan gaya,” ujar Raja Ilya.
Mendapat gelaran Siput Sarawak Moden, pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohamad ini dilihat punya karisma tersendiri setiap kali melakonkan karakter antagonis.
Setiap kali peranan jahatnya itu contohnya dalam drama Dahlia, Syurga Nur dan Seludup, sering mendapat pujian baik penonton.
“Selagi ada permintaan watak antagonis saya akan buat sehabis baik. Saya belum puas pegang watak jahat. Saya kalau boleh mahu teroka lebih banyak stail watak antagonis sehingga orang benar-benar benci.
“Cuma janganlah sampai kena ludah atau kena maki di luar drama atau filem pula. Setiap watak saya cuba sedaya mampu merealisasikannya agar meninggalkan kesan di hati ramai penonton,” katanya .
Ilya bakal muncul dalam super-tele berjudul Jelmaan lakonan bersama Keith Foo, Mia Sara dan Rykarl Iskandar di saluran Astro First Exclusive pada hujung bulan ini.
Buat pertama kali beliau membintangi drama komedi berjudul Lelaki Hangat Di Pasaran bersama Sherry Alhadad dan Adeline Tsen.
“Drama komedi ini percubaan terbaru saya untuk mempelbagaikan watak. Nak lihat sejauh mana penerimaan penonton pada lakonan komedi selain watak jahat yang biasa saya bawa sebelum ini.
“Tak sabar juga nak lihat sendiri hasil lakonan karakter komedi ini. Kalau boleh saya tak mahulah terus terikat dengan watak jahat sahaja,” ungkapnya lagi.
Antara drama popular lain lakonannya ialah Mana Hilangnya Juwita, Cinta Ibadah, Lorong Kecil Ke Syurga, Cinta Iris dan Cermin Kasih.

No comments: