PELAKON baru Fara Mendoza terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 19 Oktober lalu pukul 4.00 pagi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur selepas selesai mesyuarat di Subang Jaya.
Berikutan dari berita kemalangan tersebut, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya Fara sudah meninggal dunia dan perkara itu menjadi viral di laman sosial.
“Apa juga kata orang dan persepsi mereka saya tidak boleh nak halang. Apa yang penting ialah keluarga tahu saya selamat selepas kemalangan itu.
“Kepada yang membaca, janganlah mudah percaya dengan berita-berita sebegitu tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Saya masih hidup!
“Mungkin disebabkan kereta saya rosak teruk membuatkan orang ramai sangka saya telah meninggal dunia.
“Selepas kemalangan ini ada juga yang mengambil kesempatan menyelongkar kereta saya dan saya kehilangan wang tunai sebanyak RM700,” cerita Fara.
Pertama kali terlibat dalam kemalangan teruk sebegini, Fara menganggap ia sebagai ujian dalam hidupnya. Dia berjanji akan lebih berhati-hati serta mengubah sikap suka memandu laju.
Ketika dihubungi, Fara berada dilokasi penggambaran. Masih dalam keadaan terkejut, Fara bagaimanapun punya kekuatan untuk kembali bekerja seperti biasa.
“Saya OK sahaja. Syukur selepas menjalani pemeriksaan tiada kecederaan teruk. Jadi saya tidak ambil masa lama untuk rehat walau masih ada sedikit rasa terkejut,” ujar Fara.
No comments: