» » Kerajaan didakwa beri kontrak RM8.2 bilion yang sebenarnya hanya bernilai RM599 juta kepada kroni


Putrajaya didakwa akan menganugerahkan kontrak RM8.2 bilion bagi membina hospital UiTM Puncak Alam kepada sebuah syarikat milik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Umno, kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, sedangkan kos pembinaannya hanya RM599 juta.

Membahaskan Bajet 2016, ahli Parlimen PKR itu mahu Putrajaya mengesahkan jika maklumat yang diterimanya itu benar.

"Kosnya (pembinaan) RM599 juta, tetapi melalui perjanjian penswastaan konsesi ini, kerajaan perlu membayar RM8.2 bilion.

"Duit siapa ini? Inilah wang GST kita," katanya merujuk kepada singkatan bagi cukai barangan dan perkhidmatan yang dilancarkan Putrajaya pada April dan kutipannya diunjurkan pada RM27 bilion.

Tokoh korporat terkemuka itu juga berada di belakang syarikat konsesi yang dianugerahkan kontrak untuk membina kampus UiTM di Puncak Alam, kata Rafizi, sambil menambah, syarikat itu pula didakwa disaman salah satu daripada kontraktornya berhubung masalah untuk menyiapkan projek itu.

Rafizi berkata beliau juga memeriksa dan menerima maklumat yang walaupun kontraktor itu menyaman syarikat konsesi tersebut, terdapat satu arahan yang didakwa daripada Kementerian Kewangan mengatakan UiTM perlu membayar pampasan kepada kontraktor itu.

"Sebab itu kita tidak pernah cukup duit. Sudahlah perjanjian konsesi itu berat sebelah, sekarang jadi masalah pula apabila kontraktor menyaman syarikat konsesi itu dan UiTM yang kena bayar," katanya.

Rafizi mempersoalkan mengapa syarikat itu, yang sudah menghadapi masalah untuk menyiapkan projek kampus itu, kini dianugerahkan kontrak untuk membina hospital itu pula.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .