» » Najib Razak tunjuk baik di luar negara tetapi kuku besi sebenarnya didalam negara sendiri


Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Razak membawa dirinya sebagai seorang pemacu perubahan yang liberal (liberal reformer) di luar negara kerana Putrajaya sangat mengambil berat terhadap kritikan daripada pihak luar berhubung hak asasi di negara ini, kata Human Rights Watch (HRW).

Pengarah rantau Asia HRW Brad Adams berkata, bagaimanapun, apabila berada di dalam negara, perdana menteri itu berkelakuan sangat berbeza dengan imej yang ditonjolnya di luar negara.

Katanya, kerajaan sangat prihatin tentang keperluan menjaga nama baik mereka dan kehendak retorik mereka untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bertolak ansur, bagi tujuan politik mereka supaya kekal berkuasa.

"Memandangkan beliau membawa dirinya sebagai seorang yang liberal, ia penting baginya untuk beliau dipandang sebegitu rupa," kata Adams ketika sesi soal jawab selepas membentangkan laporan HRW bertajuk 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, tindakan Najib itu hanya akan membawa Malaysia ke arah pecah-belah dan ketidakstabilan politik, sekaligus bertentangan dengan tujuan asalnya.

HRW hari ini menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang oleh Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara dan mendesak Najib berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.

Laporan setebal 145 halaman itu mendakwa, Najib berulang kali memungkiri janjinya menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri itu akan ikrarnya "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.

HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang yang terlalu kabur serta luas definisi perkataannya dalam "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .