» » Dakwa rakyat Malaysia terpaksa bayar RM13b cukai tambahan berikutan Bajet 2016


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa rakyat akan terpaksa membayar cukai tambahan RM13 bilion mulai tahun depan.

Ini katanya, akan dikutip melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST), duti eksais, cukai individu, dan juga cukai korporat.

"Ramai yang fikir cukai korporat tidak memberi kesan kepada orang ramai, tetapi kebanyakan mereka yang membayar cukai korporat adalah pemilik perniagaan kecil dan sederhana.

"Mereka ini adalah orang biasa, orang yang menjalankan kedai runcit dan sebagainya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi juga menerangkan perbezaan antara GST dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Katanya, kerajaan mengumpul RM19 cukai GST daripada setiap isi rumah setiap hari, manakala pembayaran BR1M mereka hanya meningkat sebanyak 14 sen sehari.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .