DAP mempersoalkan tindakan Putrajaya yang didakwa membuat pusingan-U dalam rancangannya menggabungkan sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ke dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun 6.
Ahli Parlimennya Zairil Khir Johari berkata, menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, 40% daripada sistem PBS akan menjadi sebahagian keputusan UPSR pada tahun depan tetapi ia dibatalkan dan kerajaan akan meneruskan UPSR sebagai 100% peperiksaan bertulis.
Wakil rakyat Bukit Bendera itu berkata, pelan tersebut menyatakan dengan jelas, menjelang 2016 sekurang-kurangnya 40% daripada soalan peperiksaan UPSR dan 50% soalan Sijil Peperiksaan Malaysia akan terdiri daripada soalan pemikiran aras tinggi.
"Malangnya, selepas 2 tahun pelaksanaan pelan pembangunan itu, beberapa dasar pembaharuan kini sedang diterbalikkan.
"Pada 9 Oktober, 2015 satu pekeliling dikeluarkan membatalkan keputusan 2011 tersebut," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Selain itu, beliau yang juga jurucakap Parlimen DAP untuk pendidikan, sains dan teknologi juga berkata, antara yang tidak diikuti dalam pelan tersebut ialah apabila Kementerian Pendidikan menangguhkan peperiksaan amali untuk subjek FIzik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini.
sumber
No comments: