» » Peguam bimbang SOSMA dimanipulasi untuk melindungi pesalah dalam skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Peguam Syahredzan Johan hari ini menyatakan kebimbangannya berhubung penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap kes bukan keganasan seperti terhadap pengkritik 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dan menjangkakan ia bukan kali terakhir digunakan.

Bercakap di laman Twitter, Syahredzan mengulas penahanan pemimpin Umno dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditangkap semula di bawah Sosma selepas dibebaskan daripada tahanan reman kerana disiasat di atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata, Sosma diwujudkan untuk menangani kesalahan berkaitan keselamatan seperti keganasan dan bukan kes seperti Khairuddin yang membuat laporan antarabangsa berhubung 1MDB.

"Ini pertama kali Sosma digunakan terhadap ahli politik.

"Kali pertama Sosma digunakan untuk kes berkaitan 1MDB. Saya takut ini bukan penggunaan yang satu-satunya", kata Syahredzan melalui akaun Twitter @syahredzan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .