» »Unlabelled » Umie Aida serahkan kepada peguam berkaitan suaminya ditahan dibawah SOSMA


Isteri kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida kini menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk membebaskan suaminya.

Khairuddin yang juga bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan kini ditahan 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Saya serahkan kepada peguam," kata Umie Aida kepada The Malaysian Insider selepas ditanya apakah tindakan susulan beliau selepas suaminya ditahan dengan lebih lama.

Khairuddin diwakili peguam Matthias Chang.

Umie sebelum ini mengatakan sudah menjangkakan suaminya akan ditahan semula selepas dibebaskan.

Pelakon dan penyanyi terkenal itu di laman Instagram berkata, "terus tabah" kepada suaminya yang baru sahaja dibebaskan selepas direman sejak hujung minggu lalu kerana dituduh mahu menggulingkan kerajaan.

Khairuddin ditahan dipercayai berpunca daripada laporan berkaitan 1MDB di luar negara.

Beliau juga mengemukakan bukti yang berkaitan dengan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, meminta pihak berkuasa negara itu menyiasat aktiviti syarikat tersebut yang melibatkan bank Switzerland dan beberapa bank antarabangsa.

Terbaru, beliau memohon pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan menyeluruh mengenai sumber kewangan beberapa syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .