Datuk Ambiga Sreenavasan menggesa Putrajaya mengadakan pilihan raya semula susulan daripada pendedahan skandal terbaru Datuk Seri Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu pertemuan khas bersama ahli Parlimen progresif, kumpulan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik, Ambiga menyarankan perdana menteri untuk bercuti memberi ruang siasatan dijalankan.
"Perdana menteri harus bercuti. Pemimpin pembangkang juga perlu membuat desakan berjumpa dengan beliau dan meminta Najib melakukan perkara demikian.
"Terdapat siasatan yang berjalan sekarang ini dan ianya tidak akan lengkap sekiranya beliau masih lagi menjadi perdana menteri.
"Mesti ada pilihan raya umum yang baru kita menuntut ianya dilakukan dalam tempoh setahun ke setahun ini," katanya dalam satu pertemuan di hadapan perkarangan Parlimen hari ini.
sumber
No comments: