» » Tiada sebab Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang perlu dikenakan tindakan


Biarpun Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menyifatkan Pemuda MCA Pasir Gudang sebagai keterlaluan kerana mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun bagi kepimpinan MCA, itu adalah suara rakyat dan masalah dalaman parti itu yang tidak perlu dicampuri oleh parti lain.

"Tidak ada sebab MCA hendak kenakan tindakan ke atas Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang membuat kenyataan itu kerana bagi kami, itu adalah suara rakyat.

"Parti komponen BN boleh beri pandangan tetapi kami tidak semestinya mengikut pandangan yang diberi.

"Ini masalah dalaman parti MCA dan biarlah kami selesaikannya dengan cara kami sendiri seperti yang diputuskan oleh Presiden kami," kata Ketua Pemuda Kebangsaan MCA, Chong Sin Woon di Wisma MCA Jalan Ampang petang tadi.

Jelasnya, apa yang diluahkan oleh Pemuda MCA Pasir Gudang adalah di luar pengetahuannya.

"Saya memang tidak tahu malah perkara itu tidak pernah pun dibincangkan dalam mesyuarat pemuda MCA.

"Apa yang diluahkan itu adalah dari hati mereka sendiri dan saya anggap itu sebagai suara rakyat yang tidak perlu dijadikan isu politik," tegasnya.

Perkara ini berbangkit apabila Ketua Pemuda Pasir Gudang, Chia Chow Hui baru-baru ini membuat kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Najib kerana menyokong himpunan baju merah yang disifatkan menghancurkan keharmonian kaum.

Ia membawa maksud Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menyertai mana-mana majlis yang dihadiri Najib atau menyokong beliau dalam apa program sekalipun.

Sementara Khairy dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal dan mendesak Ketua Pemuda Kebangsaan MCA menyiasat ketetapan yang dibuat oleh pemudanya di Pasir Gudang.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .